Selasa, 13 Maret 2012

Aqidah Islamiah

Aqidah Dalam Islam 


          Aqidah  Tauhid  merupakan  pokok  diinul  Islam, dimana  tugas  utama  semua  Nabi  dan  Rasul  adalah menyampaikan  Aqidah  Tauhid,  menegakkannya,  serta mendidik  umat  di  atas  fondasi  ini.  Umat  yang  kuat aqidahnya  akan  terbebas  dari  semua  perbudakan  dan belenggu keyakinan yang menghalangi kemajuan berfikir dan  produktifitas  amal  sholeh.  Aqidah  kuat  yang menghunjam di hati akan melahirkan buah cinta,  takut dan  harapan  serta  ketundukan  yang  tinggi  terhadap Allah,  dan  ikatan  hati  yang  kuat  sesama  kaum mukminin,  serta  semangat  beramal  sholeh.
          Aqidah  Islam  aqidah  merupakan aqidah yang  sederhana,  mudah dicerna  oleh  akal  dan  diterima  oleh  hati,  tetapi  harus disampaikan  sesuai metodologi  Qur’ani,  yang  berbicara dengan  hati  dan  akal  serta  perasaan,  jauh  dari perdebatan falsafat yang banyak mengeringkan hati.
          Aqidah kepada “Allah” bagi tiap mukmin dalam  Islam  terbentuk daripada unsur-unsur yaitu :
  1. Beri’tiqad dengan kewujudan Allah Yang Wajib bagi zatNya, yang tidak  mengambil  daripada  lainnya.  Allah SWT, bersifat kesempurnaan  (Al-Kamal),  yang  semuanya  itu  kita  ambil  kesimpulan  atau natijah daripada menyaksikan alam semesta ini.
  2. Menafikan  sifat-sifat  keserupaan  (Al-Musyabahah)  dan  sifat kekurangan daripada Tuhan Pencipta  (Al-Khaliq). Maka  sifat  berjisim  itu ternafi  daripada Allah  kerana  benda  itu  berubah-ubah,  sedang Al-Khaliq  jauh sekali  daripada  sifat-sifat  berubah;  dan  sifat  berbilang-bilang  juga  ternafi daripadaNya,  kerana  sifat  berbilang  itu  bersusun,  sedang  Tuhan  pasti  Esa. Sementara  sifat  kebapakan  (menjadi  bapak)  dan  keanakan  (ada  anak),  kedua-duanya jauh daripada sifatNya kerana kedua-dua sifat itu berbahagi-bahagi dan berpisah-pisah,  sedangkan  Al-Khaliq  tidak  berjuzu’-juzu’  dan  begitulah seterusnya.  Al-Quranul-Karim  mengakui  hal  ini  dengan  jelas  dan membahas  dengan  cara  logik  yang  halus  dan  hujjah  yang memuaskan.
  3. Aqidah  Islamiah sama sekali  tidak menyentuh  tentang hakikat dan keadaan zat dan sifat-sifat Allah SWT, tetapi sebaliknya dengan cara yang hati-hati  dan  halus  menetapkan  segi  perbezaan  dengan  ertikata  yang  sebenar-benarnya  antara  keadaan  zat  Tuhan  dan  sifatNya  dengan  keadaan  makhluk-makhluk dan sifat-sifat mereka.
  4. Aqidah Islamiah menggariskan jalan ke arah mengenal sifat-sifat Al-Khaliq  dan  mengetahui  sifat-sifat  kesempurnaan  keTuhanan,  keistimewaan-keistimewaan  dan  kesan-kesannya.  Untuk  sampai  kepada  yang  demikian  itu mestilah  dengan merenung  dan memerhati  alam  jagat  ini  dengan  pandangan yang  betul  dan membebaskan  akal  fikiran  dari  kepercayaan-kepercayaan nenek moyang,  hawa  nafsu  dan  tujuan tertentu  sehingga  mendapat  hukum  yang  betul  dan  tepat.  Al-Quran sentiasa mengajak untuk  memerhatikan kejadian alam dan meneliti  keadaan  makhluk-makhluk Allah SWT.  Al-Quran  juga  telah  mengangkat  dan menyanjung  tinggi  nilai  akal  dan meninggikan  darjat  akal  sehingga menyebut akan “akal” lebih daripada empat puluh tempat, disertai dengan sanjungan dan pujian.  Di  samping  itu  Al-Quran  juga  mengajak  untuk  bersungguh-sungguh  untuk  mencapai  hakikat  benda-benda  dan  menyingkap  rahsia  alam yang  terselindung  dan  tersirat  di  sebalik  alam  nyata  ini.
  5. Aqidah  Islamiah  menguatkan  hubungan  antara  perasaan  hati manusia dengan Al-Khallq , sehingga dengan demikian itu manusia akan  sampai kepada  suatu  jenis ma’rifat  rohaniah yang paling manis dan yang paling  tinggi  daripada  jenis-jenis ma’rifat  semuanya.  Hal ini  kerana  perasaan hati manusia  adalah  lebih mampu untuk menyingkap  rahasia-rahasia  alam  yang terselindung selain daripada benda-benda yang dapat difikirkan secara terbatas, yang hanya dapat dijangka oleh perasaan pancaindera. Oleh  sebab  itulah  Islam  sering  mengutarakan  arahannya  kepada perasaan hati manusia dan membangkitkan kekuatan batin yang tersembunyi di dalam  jiwa  manusia  supaya  memuncak  tinggi  sampai  ke  Hadrat  Ilahi  dan menikmati kelazatan Ma’rifatullah Tabaraka wa Ta’ala,
  6. Aqidah  Islamiah  menuntut  orang-orang  Mu’min  supaya  menghayati  unsur-unsur  aqidah  ini  atau  dimanifestasikan  dalam tuturkata  dan  segala  perbuatan  mereka.  Seseorang  mu’min  itu  bila  telah beritiqad  bahawa  Tuhan  yang menjadikannya  itu  bersifat Maha  Kuasa, maka sebagai  natijah  secara  praktik  dan  akidah  ini  hendaklah  ia  bertawakkal sepenuhnya  kepada  Allah  menumpukan  segala  harapan  kepadaNya;  dan apabila  ia  beritiqad  bahawa  Allah  itu  Maha  mengetahui,  tentulah  ía  sentiasa berhati-hati  terhadapNya  dan  sentiasa  diliputi  rasa  takut  kepada  Allah  untuk melakukan  sebarang maksiat;  dan  apabila  ia  beri’tiqad  bahawa  Allah  itu  Esa, tentulah ia tidak memohon selain daripadaNya dan tidak meminta kepada yang lain  daripada  Allah,  dan  tidak  pula  menghadap atau  menghalakan  mukanya melainkan  kepada  Allah,  dan  begitulah  seterunya. 

Link Download :
Aqidah Bagi Tiap Mukmin.pdf
Allah Dalam Aqidah Islamiah.pdf



Tidak ada komentar:

Posting Komentar